Friday 29 July 2011

Ramadhan Datang Lagi !

Pejam celik. Pejam celik. Ramadhan semakin menghampiri. Betapa cepatnya masa berlalu. Lagi dua hari, kita semua bakal berpuasa. Tak sabar rasanya. Lagi-lagi ini merupakan kali kedua aku menyambut ramadhan di kampus. Pengalaman yang menarik dan tak mungkin aku lupakan. Malah kenangan berpuasa pada sem 1 yang lalu masih segar dalam ingatan. Bangun sahur bersama-sama housemate. Berjalan ke bazar ramadhan juga bersama-sama. Berbuka puasa sudah pasti bersama-sama. Berbuka puasa bersama-sama classmate juga merupakan kenangan yang manis yang sentiasa terpahat dalam diri ini.

Ramadhan kali ini benar-benar mencabar. Bukan mencabar kerana menahan lapar dan dahaga semata-mata tapi kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pulang berhari raya. Aku cuma berharap segala-galanya dapat dijalankan dengan sempurna. Walaupun di bulan ramadhan, tidak bermakna kita hanya duduk dan menunggu waktu berbuka puasa sahaja. Sedangkan di zaman Rasulullah S.A.W, mereka mampu berperang di bulan ramadhan, masakan tugasan-tugasan itu menjadi beban yang amat sangat. Betul tak? (renung-renungkan bersama)

Sebelum aku melabuhkan tirai untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan ramadhan. Baru-baru ni, aku ada menonton Tanyalah Ustaz berkenaan “Pra-Ramadhan”. Dan ada satu soalan yang agak menarik untuk renungan kita bersama. Soalannya berbunyi, ada sesetengah masjid melakukan solat terawih sebanyak 8 rakaat dan disertaakn dengan majlis ilmu selepas selesai solat, dan ada juga masjid yang melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat. Jadi yang mana lebih afdal? Jawapannya, pilihlah yang mana lebih khusyuk dan ikhlas. Soalan seterusnya, sekiranya tiada kurma, seelok-eloknya berbuka dengan apa? Jawapannya, sekira tiada kurma, berbukalah dengan air kosong, kemudian baru makan. Memang ada sesetengah mengatakan berbuka dengan makanan atau kuih yang manis, tapi ianya lebih elok jika kita berbuka dengan air kosong dahulu. Setakat ini dulu perkongsian ilmu untuk kalian. Jika ada lagi, aku akan update kan sekiranya tidak busy okay

Disertakan juga video sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Jangan lupa saksikan.



Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa !

Undur diri dulu