Saturday 17 December 2011

Pelangi Nan Indah!



Assalamualaikum semua! Lama betul dah tak menulis blog ni. Bukan tak ada masa tapi tak ada yang menarik untuk dituliskan. Tapi hari ni ada keinginan untuk menulis. Hehehe…

“Kadang-kadang Allah turunkan hujan diselangi juga dengan petir dan guruh, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari tapi Allah berikan kita pelangi”. Pernah dengar tak ungkapan ni? Sesiapa yang mengikuti drama nora Elena mesti pernah dengar ungkapan ni kan? Tapi mungkin ada yang tak tahu, dalam filem syurga cinta pun ada terselit ungkapan ni. Tak percaya? Kalau tak percaya nanti tengok balik filem tu. Tapi bukan drama atau filem yang nak aku sampaikan sebenarnya. Aku nak sampaikan apa yang tersirat di sebalik ungkapan tu. Mungkin korang juga faham sebenarnya. Mungkin juga tidak. Atas kefahaman masing-masing.

Mengikut kefahaman aku, ia membeitahu kita sesuatu kenikmatan di sebalik kesukaran. Seperti yang selalu kita dengar. Ada hikmah di sebalik kejadian. Itulah dia. Dalam kehidupan ni, tiada manusia yang terlepas daripada dugaan tidak kiralah dari segi apa pun. Tapi tak semua melihat ke arah kenikmatan yang mereka akan terima di sebalik dugaan atau ujian tersebut. Betul kan? Aku faham kita sebagai manusia tidak sempurna. Kerana itu ada ketikanya kita seperti tidak boleh menerima kenyataan hidup yang berlaku pada diri kita.

Dugaan atau ujian yang kita terima sebenarnya adalah untuk ingatkan diri kita supaya kita tidak lalai dan hanya mengejar dunia semata-mata. Pernah tak kita fikir apa sebabnya dugaan itu terjadi? Apa pun yang berlaku pada diri kita puncanya diri kita juga. Peringatan untuk diri kita! (jangan nada rasa nak menyalahkan sesiapa dengan apa yang kita alami.) Sebagai contoh, masa menghadapi peperiksaan, kita kena fokus, kita kene kurangkan main, tengok tv, chatting dan sebagainya. Pengorbanan yang kita lakukan dengan ikhlas dan usha yang gigih untuk mencapai sesuatu tak mustahil akan kita terima hasil yang baik. Dan tak mustahil kalau selepas itu kita akan peroleh ‘straight A’s’ dalam semua subjek kan? Jadi jangan patah semangat dengan apa yang kita lalui.

“Allah tidak akan memberi ujian atau dugaan pada kita jika kita tidak mampu menghadapinya.”

Cukup sampai sini dulu. Renung-renungkan ye.

Jumpa lagi ! 

Thursday 3 November 2011

ALHAMDULILLAH, SYUKUR!

Assalamualaikum semua! Macam mana hari ni? Okay? Kalau okay, Alhamdulillah... bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kita.

Dan aku tentunya sangat gembira dan bersyukur hari ini. Hilang segala kerisauan yang melanda hati selama sebulan ni. Kenapa? Aku dah agak dah mesti kau orang tanya. Hari ni result exam keluar. Aku bersyukur kerana mendapat result yang baik. Aku bersyukur seadanya dengan keputusan result itu kerana aku tau itu yang terbaik buat aku dan aku berpuas hati dengan apa yang aku terima. TERIMA KASIH YA ALLAH…

Air mata kegembiraan mengalir laju di pipiku ini. Tak terkata rasanya. Selepas sahaja tengok result tu, aku berlari menuruni anak tangga untuk bagi tau mama keputusan exam itu. Walaupun perkataan yang muncul di bibir ku hanyalah, “mama, adik lulus semua”, mama terus memelukku. Air mata kegembiraan jatuh lagi tanpa henti. Kemudian abah pula memelukku tanda berkongsi kegembiraan denganku. Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kegembiraan anaknya kan? Syukur sangat-sangat. Kakak juga memberi ucapan tahniah padaku. Dia pun sama-sama berdebar menanti keputusan hari ini. Hehehe…

Yang membuat aku tambah terharu, apabila aku turun semula berjumpa mama di dapur, mama sedang menangis dan memelukku sekali lagi. Aku tanya, “mama nangis ke?”. Mama cakap, “mama happy.” Seronok sangat kerana berjaya menggembirakan hati ibu bapa kita kan? Syukur ALHAMDULILLAH.

Bagi kawan-kawan yang lain, tahniah buat anda juga. Apa pun yang berlaku jangan lupa mengucapkan syukur kepada ALLAH.

p/s : peringatan buat diri sendiri juga.

Cukup dulu setakat ini, nanti sambung lagi.

Undur diri dulu

Tuesday 18 October 2011

Generasi Yang Di Pupuskan!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap sihat hendaknya.

Huhuhu, macam nak tulis surat aje kan? Surat zaman sekarang ni dah tak popular. Sekarang semuanya teknologi. Tapi entry kali ini aku tak bercerita mengenai surat atau teknologi tapi mengenai pembuangan bayi yang semakin berleluasa akhir zaman ini.


Semakin hari kes pembuangan bayi  dan juga pembunuhan bayi khususnya di kalangan remaja semakin meningkat. Yang lagi menyedihkan situasi yang berlaku sangat tragis dan menyayat hati. Kadang-kadang tu tak sampai hati nak tengaok keadaan bayi tersebut. Hanya Allah yang tahu betapa sayunya hati ini melihatkan bayi-bayi yang terkorban akibat perbuatan ibu kandung mereka sendiri.

Adakala aku terfikir macam mana remaja-remaja yang terbabit boleh tergerak hati untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Aku tau manusia memang tak lari daripada melakukan kesilapan, tapi kenapa sanggup melakukan dosa yang besar itu. Pada mulanya melakukan makisat iaitu zina. Kemudian membuang bayi pula. MasyaAllah!

Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk menuntut ilmu supaya menjadi orang yang berguna, tetapi kerana terlalu mengikut nafsu, sanggup  ponteng sekolah, jumpa ‘pakwe’. Bila dah jumpa, hmm…faham-faham aje lah. Macam lagu ni...



 Aku tau ramai yang suka dan tahu lagu ni kan? Masalahnya mereka tak menghayati lirik lagu ni. Lagu ni di buat bukan sekadar nak entertain orang aje, tapi nak bagi peringatan dan pengajaran. Tapi kebanyakan yang mendengar tak ambil serius mengenainya. Kita berhibur tu tak salah tapi jangan sampai melalaikan.

Cuba korang bayangkan kalau bayi tu saat dia dilahirkan dia dah boleh berkata-kata. Dan ibu bayi tu pulak memang ada niat nak buang dia. Tak mustahilkan dia akan cakap, ‘ibu nak buang saya? Sampainya hati ibu nak buang saya. Apa salah saya? Ibu sanggup menggandungkan saya selama 9 bulan, kemudian begitu mudah ibu buang saya.’ Aku rasa kalaulah bayi itu cakap macam tu, mungkin tak ramai yang sanggu nak buang bayi diorang. Tak sampai hati kan?

Aku hanya mampu berdoa agar gejala social ini dapat di kurangkan. Tapi ianya perlu dengan usaha semua manusia khususnya umat Islam untuk mencegah diri mereka semdiri daripada melakukan perkara terkutuk ini. Bayi-bayi itu tidak berdosa. Mereka adalah generasi akan datang yang perlu kita corak supaya menjadi khalifah yang baik di muka bumi Allah ini.

Undur diri dulu


Sunday 9 October 2011

Hobi ku... Jom join !




Assalamualaikum pembaca semua !

Sihat? Semoga kalian semua sihat. Kalau sakit makan ubat.

Walaupun sekarang tengah cuti, tapi jarang-jarang dapat tulis bolg ni. Bukan malas atau sengaja atau tak ada masa, tapi tak ada idea nak tulis pasal apa. Kalau boleh tak nak tulis ‘something’ yang buat kalian semua bosan. Tapi itulah yang susahnya. Sekiranya bosan juga, maafkanlah ya, sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

Sebenarnya hari ini aku nak cerita pasal novel. Memandangkan aku minat sangat baca novel, so aku rasa banyak benda yang aku boleh kongsikan dengan kalian semua. Tapi sebelum tu just  nak bagi tau. Sebenarnya dari kecil lagi aku dengan kakak aku dah di dedahkan dengan budaya membaca ni. Dari situlah bermulanya minat membaca ni. Kalau pergi shopping complex tu, memang tak sah lah kalau tak beli buku-buku cerita. Kalau aku tak tau nak pilih yang mana, ayah aku akan pilih kan. Dekat rumah aku memang banyak buku cerita. Dan sekarang ianya di letakkan dalam kotak. Kenapa aku tak dermakan atau jual? Terus terang aku cakap, aku sayang sangat buku-buku tu. Dan aku ada impian di mana, kalau dah ada rumah sendiri nanti, aku nak buat mini library dalam rumah tu, atau bahasa mudahnya bilik bacaan. Bukan buku-buku cerita tu aje, novel-novel aku pun aku akan tempatkan di situ. So sesiapa yang datang rumah aku nanti boleh lah menjenguk ke bilik bacaan tu. InsyaAllah.

Minat baca novel pula bermula selepas tamat UPSR. Awal sangat ke? Tapi apa yang aku baca time tu di pantau kakak tersayang. Aku kan muda lagi time tu, kira budak lagi tu. Novel-novel yang aku baca semuanya kakak aku punya. Bila dah masuk form 1 minat terhadap novel semakin mendalam. Duit belanja yang aku dapat aku simpan sikit-sikit. Bila ada masa aku ajak kakak pergi kedai buku beli novel. Tapi yang bestnye mama, abah or  kakak yang banyak belanja time tu. Rezeki kan, takkan nak tolak. Dan kakak aku lah yang jadi penentu novel mana yang best untuk aku beli. Aku mana tau nak pilih novel mana yang best waktu tu. Pernah la sekali dua aku pilih sendiri, tapi hampa aje. Novel yang aku beli tu kurang menambat hati aku. Tapi sekarang dah tau dah nak pilih yang mana.

Yang lagi best, mama pun minat baca novel. Selepas aku baca, mama akan baca pulak. Bukan mama aje, boleh dikatakan ramai family aku yang minat baca novel. Makcik aku dan cousins aku. Dia orang kalau datang rumah mesti pinjam novel. Kalau dia orang duduk lama dekat rumah dia orang akan baca aje kat rumah. Itu yang seronok tu. ada teman untuk berkongsi minat yang sama. Dan semuanya dikalangan ahli keluarga sendiri. Kawan-kawan sekolah pun ada juga yang berkongsi minat yang sama. Bila dah masuk form 4, aku pergi kedai buku dengan dia orang aje. Dan bila masuk U, pun majoritinya minat baca novel. Seronok bila orang sekeliling kita minat benda yang sama.

Bagi yang baru nak jinak-jinak baca novel tu, aku galakkan. Tapi jangan taksub sangat sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam khususnya dan jangan abaikan kerja-kerja yang ada. Jadikannya sebagai satu hobi yang sihat. Lagi pun melalui novel kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan sebab kebanyakan novel ada segmen ilmu di selitkan dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada kita. Yang positif kita jadikan teladan dan yang negative jadikan sempadan.

Bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia novel ni, atau tak tahu nak beli novel ape, aku boleh cadangkan novel-novel yang pernah aku baca. Antaranya, novel Adam & Hawa, Cinta 3 Suku, Sepi Tanpa Cinta, Cinta Aku Seadanya, Ingat Janji Kita, Kalau Ada Jodoh, M.A.I.D, dan banyak lagi. huhuhu. Novel yang aku cadangkan ni, dari publisher yang lain-lain.

Jadi bagi yang mula nak membaca tu, aku ucapkan selamat membaca! Jadikan amalan membaca sebagai budaya dan hobi yang sihat okay.

Jumpa di next entry.

Undur diri dulu 

Wednesday 28 September 2011

Saat-saat Indah !

Assalamualaikum pembaca semua ! Sihat?

Sudah lama benar rasanya tidak menekan papan kekunci ini. Terasa janggal. Nampaknya selepas ini, jari-jari ini akan biasa semula dengan huruf-huruf yang ada.

Kenapa?

Sabar-sabar nak ceritalah ni. Tapi rasa sayu pulak hati ni.

Sebenarnya pada tanggal 25 hari bulan 9, 2011, tepat pada pukul 11.01 minit pagi, aku telah menamatkan pelajaranku untuk program asasi ini. Kenapa pukul 11.01 minit pagi? Sebab tepat pukul 11.0o minit pagi, peperiksaan akhir untuk ‘paper’ terakhir tamat. Perasaan waktu itu, memang lega sangat sebab ‘exam’ dah habis.  Tapi perasaan lain semua bercampur-baur kerana ini adalah sem terakhir aku bersama kawan-kawan, ‘lecturer’ & kenangan sebagai pelajar asasi UiTM. Sedih sangat. Tapi kita kenalah berfikiran positif kan? Bukannya tak boleh jumpa lagi. Cuma waktu yang sesuai untuk berjumpa semula itu masih samar-samar.

Aku ingat lagi, sebaik sahaja sampai di padang lalang (asrama), aku terserempak dengan ‘housemate’ aku masa sem 1. Kami berpelukan kerana lega dengan tamatnya peperiksaan. Namun air mataku gugur apabila teringatkan kenangan yang pernah kami lalui bersama. Tapi kami masih boleh berhubung melalai ‘handphone’ & FB. Apa gunanya teknologi kalau tidak digunakan kan? Kami sempat bergambar sebagai kenang-kenangan.

Kemudian aku, Ita, & Lala telah bersepakat untuk menghabiskan masa sebelum semua pulang ke kediaman masing-masing. Kami berjalan dari padang lalang ke East Cost Mall (ECM) dan makan tengah hari di situ, kemudian berjalan lagi, tengok wayang, makan malam dan selepas itu baru pulang ke asrama. Walaupun hanya kami bertiga, namun ianya tetap indah.

Dan sekarang ianya masa rehat untuk kami sebelum melangkah ke ‘degree’. Kerja? Ada perancangan, tapi bagilah can rehat dulu. Hehehe.

Anis doakan kejayaan untuk kita semua. Dan I’ll miss all of you a lot. Seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan di UiTM. Panjang umur kita jumpa lagi.

Undur diri dulu 

Friday 29 July 2011

Ramadhan Datang Lagi !

Pejam celik. Pejam celik. Ramadhan semakin menghampiri. Betapa cepatnya masa berlalu. Lagi dua hari, kita semua bakal berpuasa. Tak sabar rasanya. Lagi-lagi ini merupakan kali kedua aku menyambut ramadhan di kampus. Pengalaman yang menarik dan tak mungkin aku lupakan. Malah kenangan berpuasa pada sem 1 yang lalu masih segar dalam ingatan. Bangun sahur bersama-sama housemate. Berjalan ke bazar ramadhan juga bersama-sama. Berbuka puasa sudah pasti bersama-sama. Berbuka puasa bersama-sama classmate juga merupakan kenangan yang manis yang sentiasa terpahat dalam diri ini.

Ramadhan kali ini benar-benar mencabar. Bukan mencabar kerana menahan lapar dan dahaga semata-mata tapi kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pulang berhari raya. Aku cuma berharap segala-galanya dapat dijalankan dengan sempurna. Walaupun di bulan ramadhan, tidak bermakna kita hanya duduk dan menunggu waktu berbuka puasa sahaja. Sedangkan di zaman Rasulullah S.A.W, mereka mampu berperang di bulan ramadhan, masakan tugasan-tugasan itu menjadi beban yang amat sangat. Betul tak? (renung-renungkan bersama)

Sebelum aku melabuhkan tirai untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan ramadhan. Baru-baru ni, aku ada menonton Tanyalah Ustaz berkenaan “Pra-Ramadhan”. Dan ada satu soalan yang agak menarik untuk renungan kita bersama. Soalannya berbunyi, ada sesetengah masjid melakukan solat terawih sebanyak 8 rakaat dan disertaakn dengan majlis ilmu selepas selesai solat, dan ada juga masjid yang melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat. Jadi yang mana lebih afdal? Jawapannya, pilihlah yang mana lebih khusyuk dan ikhlas. Soalan seterusnya, sekiranya tiada kurma, seelok-eloknya berbuka dengan apa? Jawapannya, sekira tiada kurma, berbukalah dengan air kosong, kemudian baru makan. Memang ada sesetengah mengatakan berbuka dengan makanan atau kuih yang manis, tapi ianya lebih elok jika kita berbuka dengan air kosong dahulu. Setakat ini dulu perkongsian ilmu untuk kalian. Jika ada lagi, aku akan update kan sekiranya tidak busy okay

Disertakan juga video sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Jangan lupa saksikan.



Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa !

Undur diri dulu 





 



Friday 24 June 2011

Tragedi Lipas !


Lipas, atau bahasa Inggeris nya cockroach atau bahasa Sepanyol nya  “cucaracha” yang bermaksud serangga gila. Hmm, tak sangka pula orang Sepanyol ni menyifatkan lipas sebagai serangga gila. Hmm...menarik ! hehehe. Kesian lipas tu dipanggil serangga gila.

Fakta LIPAS !
1)     Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
2)     Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun dah putus kepala.
3)     Kebanyakan lipas boleh terbang, tapi bukan kesemuanya.

Sedikit fakta tentang lipas yang aku ingin kongsikan dengan pembaca semua. Untuk penerangan lebih lanjut, boleh layari internet ye.
Aku tau ramai yang pelik kenapa aku tiba-tiba cerita pasal lipas ni kan? Ke tak pelik? Itu atas fikiran masing-masing. Huhuhu. Sebenarnya begini ceritanya.....

Di satu malam yang hening..........


Roomate aku masuk ke bilik air. Tapi tak sampai berapa minit, dia menjerit panggil aku dan kemudian dia senyap. Aku ingat dia saja-saja aje lah. Lepas tu dia jerit lagi, “ADA LIPAS!!!” Terus dia keluar dari bilik air tu. Aku pun tanya lah dia, “kat mana lipas tu?” dia cakap ada kat belakang pintu tu. Jadi tindakan aku ialah..........aku tak bertindak apa-apa pun, malah kaki aku ni sentiasa bersedia untuk buka langkah seribu. Aku pun tak tau macam mana nak tolong sebab aku pun antara penggeli lipas ni. Aku dengan roomate aku dah tak senang duduk dah. Takut lipas tu terbang. Tapi roomate aku cakap maybe lipas ni jenis yang tak terbang. So, untuk seminit dua aku boleh cool.  Tiba-tiba lipas tu keluar di sebalik pintu. Bergerak di dinding pulak. Kita orang pun apa lagi, angakt kaki lah sebab terkejut. Roomate aku jerit panggil kawan di bilik hujung, dan kita orang minta tolong ‘halaukan’ lipas tu. Penyapu di ambil sebagai senjata. Namun usaha itu gagal kerana lipas itu boleh terbang. Lagilah kita orang tak duduk diam. Semua macam dah putus asa sebab lipas tu terbang. Akhirnya ‘superheroin’ datang menyelamatkan keadaan. Dia ambil penyapu tu, pukul lipas tu dan lipas tu masuk dalam lubang tandas. Apa lagi flash la tandas tu. Siap simbah lagi dengan air, punya la nak bagi lipas tu lemas. Untuk itu, thanks Ummi Nabihah.

Belum “The End” lagi. Rasanya setengah jam selepas tu, lipas yang sama mungkin muncul pulak ikut tingkap. Agaknya lipas tu pandai berenang kot. Hehehe. Kita orang sekali lagi angkat kaki dan buka pintu bilik. Roomate aku ambil penyapu pukul lipas tu. Lipas tu dapat elak dan lari masuk bawah katil. Nampaknya lagi teruklah. Nasib baik aku tak rasa ngantuk lagi tu. Aku takut tengah tidur nanti, lipas tu keluar dan merayap atas badan. Eii, gelinya! Lepas tu roomate aku ambil satu selipar dan duduk dekat meja study sambil menunggu lipas tu keluar. Nasib kita orang baik. Tak lama lepas tu lipas tu keluar dekat meja study tu. Roomate aku apa lagi, pukul la lipas tu pakai selipar dan akhirnya lipas tu mati. Dan malam tu kita orang tidur dengan nyenyaknya.

~The End~

Undur diri dulu ye
   

Sunday 19 June 2011

Hari Lahir Menjadi Kenangan !



Ayahandaku tersayang Mohamad Fadzil Bin Mohd Arif yang telah dilahirkan pada 19 JUNE 1960, kini telah menjangkau usia 51 tahun. Selamat hari jadi abah ! Terasa cepat benar waktu berlalu meninggalkan kita. Ayahandaku yang aku panggil dengan panggilan 'abah’ itu adalah seorang ayah yang istimewa di mata aku. Kenapa ? Mari aku ceritakan...

Abah seorang Guru yang tidak pernah putus mendidik kakak dan aku. Kerna...membaca Al-Quran, dialah gurunya. Mengenal ABC, dialah pendorongnya. Mengira nombor, dialah sifunya. Memandu kereta, dialah pelatihnya. 

Semua ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Dia tidak pernah merungut dengan apa yang dilakukannya. Dan mama, sentiasa ada di sisi tidak kira susah mahu pun senang. Doa seorang isteri dan seorang ibu tidak pernah putus dalam proses mendidik dan membesarkan kami. Yang pasti tiada siapa dapat menggantikan mereka dalam hidup kakak dan aku. Itu memang pasti.

“Untuk abah, adik doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dan semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan diberkati Allah S.W.T. Amin..........”                                                                                                                                                

Eh, Eh, belum habis lagi. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari jadi buat sahabat juga teman, Marzita Binti Mat Amin, yang juga dilahirkan pada tarikh yang sama dengan abah, cuma tahunnya sahaja yang berbeza. “Anis rasa bersyukur kerana kita semua mampu melakar kenangan yang cukup manis di sem akhir ini sempena hari lahir Ita. Dan Anis berharap Ita happy dengan apa yang telah kami rancangkan. Sekiranya ada kekurangan di sana sini, harap di maafkan ye.”

“Anis doakan semoga Ita panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berjaya dengan apa yang diimipikan selama ini. Amin..........”




Sayang abah!

Sayang Ita!

Undur diri dulu                                           

Sunday 12 June 2011

Ilmu Cinta Hatiku !

Seronok bila melihat semula gambar konvokesyen kakak aku yang di sayangi, (Aqilah Raihana Binti Mohamad Fadzil). Bila melihat gambar kenangan itu, ada sedikit rasa cemburu dan rasa tercabar. Dan adakalanya aku terfikir, boleh ke aku berjaya sepertinya. Namun fikiranku telah di programkan supaya sentiasa berfikir bahawa kalau dia boleh mengapa tidak aku? Aku juga pasti boleh. 12 tahun aku memerah otak, belajar sambil menerima input-input yang penting untuk melangkahkan kakiku ini ke menara gading. Jadi setelah berjaya, tidak mungkin aku akan persiakan peluang itu sewenang-wenangnya. Aku juga punya cita-cita untuk aku kecapi satu hari nanti.

                                             (Uitm Shah Alam, 2009)


Penat ? siapa yang tidak penat. Tapi aku harus kuat dan berusaha dengan gigih, bukannya hanya menunggu kejayaan itu bergolek ke kaki macam bola yang boleh di sepak ke sana ke mari. Kejayaan yang bakal aku kecapi nanti InsyaAllah akan menghilangkan rasa penat lelah aku selama ini. Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Mama & abah selalu pesan. “Adik, belajar rajin-rajin.” Dengan adanya ilmu kita tidak akan rasa kekurangan dalam diri ini. Ilmu yang ada ini terlalu luas. Mungkin ilmu dunia kita berjaya mempelajarinya, tetapi ilmu akhirat? Belum tentu. Ilmu tidak akan pernah habis. Jadi selagi kita mampu, kita harus menuntutnya.
           
            Jangan penuhkan dada kita dengan rasa bangga,
                        Tapi penuhkanlah ia dengan Ilmu.
            Jangan penuhkan tangan kita dengan harta dunia,
                        Tapi penuhkanlah ia juga dengan Ilmu.

Peringatan buat diri ini

Undur diri dulu

Thursday 9 June 2011

Kali Pertama!

“Assalamualaikum,”

Aku yang bernama Anis Hanani Binti Mohamad Fadzil,  pertama kali menulis untuk ‘blog anis hanani’ ini yang telah di cipta ‘khas’ lebih kurang sejam lebih yang lalu atas bantuan sahabat yang sentiasa ada di masa susah dan senang iaitu Marzita Amin. Thanks a lot dear. (Jasamu akan ku kenang. Hehehe )

Sebenarnya keinginan untuk membuat blog ini telah lama ada, lantaran minatku yang amat mendalam dalam bidang penulisan. Tapi sering tertangguh kerana aku sering berfikir, ‘perlu ke aku buat blog ni’? Namun ianya terhasil juga pada tahun 2011 ni bersamaan hari ke-4 aku menjalani kehidupan sebagai siswi tahun akhir Asasi Undang-Undang di UiTM Kuantan.

Walaupun masih kekok, tapi aku pasti akan biasakan diri ini dengan blog ini. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Nampaknya bantuan Marzita Amin masih lagi di perlukan. Harap juga masih sudi membantu ya.

Undur diri dulu