Thursday 3 November 2011

ALHAMDULILLAH, SYUKUR!

Assalamualaikum semua! Macam mana hari ni? Okay? Kalau okay, Alhamdulillah... bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kita.

Dan aku tentunya sangat gembira dan bersyukur hari ini. Hilang segala kerisauan yang melanda hati selama sebulan ni. Kenapa? Aku dah agak dah mesti kau orang tanya. Hari ni result exam keluar. Aku bersyukur kerana mendapat result yang baik. Aku bersyukur seadanya dengan keputusan result itu kerana aku tau itu yang terbaik buat aku dan aku berpuas hati dengan apa yang aku terima. TERIMA KASIH YA ALLAH…

Air mata kegembiraan mengalir laju di pipiku ini. Tak terkata rasanya. Selepas sahaja tengok result tu, aku berlari menuruni anak tangga untuk bagi tau mama keputusan exam itu. Walaupun perkataan yang muncul di bibir ku hanyalah, “mama, adik lulus semua”, mama terus memelukku. Air mata kegembiraan jatuh lagi tanpa henti. Kemudian abah pula memelukku tanda berkongsi kegembiraan denganku. Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kegembiraan anaknya kan? Syukur sangat-sangat. Kakak juga memberi ucapan tahniah padaku. Dia pun sama-sama berdebar menanti keputusan hari ini. Hehehe…

Yang membuat aku tambah terharu, apabila aku turun semula berjumpa mama di dapur, mama sedang menangis dan memelukku sekali lagi. Aku tanya, “mama nangis ke?”. Mama cakap, “mama happy.” Seronok sangat kerana berjaya menggembirakan hati ibu bapa kita kan? Syukur ALHAMDULILLAH.

Bagi kawan-kawan yang lain, tahniah buat anda juga. Apa pun yang berlaku jangan lupa mengucapkan syukur kepada ALLAH.

p/s : peringatan buat diri sendiri juga.

Cukup dulu setakat ini, nanti sambung lagi.

Undur diri dulu