Sunday, 1 January 2012

2012. A New Life!

Assalamualaikum…

Pejam celik pejam celik kini tahun 2012 telah pun tiba. Terasa cepat benar waktu berlalu. Dan hari ini, sudah dua hari 2011 ditinggalkan. 2011 banyak meninggalkan memori yang memang tidak dapat di lupakan. Macam-macam yang berlaku yang sedikit sebanyak memberi pengalaman untuk diri ini menjadi lebih matang. Daripada pengalaman hidup itulah kita dapat memperbaiki kehidupan kita yang akan datang. Betul tak?

Seperti biasa, bila tahun baru semua orang akan tanya apa azam tahun baru ini? Kadang-kadang tu terfikir jugak, penting ke azam ni? Bukannya apa, manusia ni sentiasa berubah-rubah, susah untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan sesuatu. Sedangkan iman seseorang itu pun boleh bertambah dan berkurang inikan pula azam yang kita tidak tahu berapa lama tahannya. Bukan nak perkecilkan tapi itulah hakikatnya. Pada mulanya mungkin kita bersemangat untuk melaksanakan azam itu, tapi mungkin di pertengahannya ianya akan terputus. Siapa tahu kan?

Dan seperti biasa juga bila munculnya tahun baru akan adalah pembaharuan yang akan berlaku dalam hidup kita. Kebetulan pula 1.1.2012 ini jatuhnya pada hari ahad dan ianya hari cuti. Jadi mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga, bertunang, ‘honeymoon’(hehehe), dan sebagainya. Sebut pasal bertunang, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bertunang kepada sepupu aku Mohd Zulhilmie Mohd Nasir yang telah melangsungkan majlis pertunangannya semalam iaitu 1.1.2012. Tahniah ye! Semoga berbahagia selalu. Amin.

Dan pada pembaca-pembaca semua, selamat tahun baru. Happy new year! Semoga azam anda untuk tahun ini terlaksana. Buatlah sesuatu mengikut kemampuan diri kita.

Nak tau ke azam aku? Hehehe…
Aku cuma berharap tahun ini akan lebih baik daripada sebelumnya. Amin.

Jumpa lagi