Tuesday 18 October 2011

Generasi Yang Di Pupuskan!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap sihat hendaknya.

Huhuhu, macam nak tulis surat aje kan? Surat zaman sekarang ni dah tak popular. Sekarang semuanya teknologi. Tapi entry kali ini aku tak bercerita mengenai surat atau teknologi tapi mengenai pembuangan bayi yang semakin berleluasa akhir zaman ini.


Semakin hari kes pembuangan bayi  dan juga pembunuhan bayi khususnya di kalangan remaja semakin meningkat. Yang lagi menyedihkan situasi yang berlaku sangat tragis dan menyayat hati. Kadang-kadang tu tak sampai hati nak tengaok keadaan bayi tersebut. Hanya Allah yang tahu betapa sayunya hati ini melihatkan bayi-bayi yang terkorban akibat perbuatan ibu kandung mereka sendiri.

Adakala aku terfikir macam mana remaja-remaja yang terbabit boleh tergerak hati untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Aku tau manusia memang tak lari daripada melakukan kesilapan, tapi kenapa sanggup melakukan dosa yang besar itu. Pada mulanya melakukan makisat iaitu zina. Kemudian membuang bayi pula. MasyaAllah!

Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk menuntut ilmu supaya menjadi orang yang berguna, tetapi kerana terlalu mengikut nafsu, sanggup  ponteng sekolah, jumpa ‘pakwe’. Bila dah jumpa, hmm…faham-faham aje lah. Macam lagu ni...



 Aku tau ramai yang suka dan tahu lagu ni kan? Masalahnya mereka tak menghayati lirik lagu ni. Lagu ni di buat bukan sekadar nak entertain orang aje, tapi nak bagi peringatan dan pengajaran. Tapi kebanyakan yang mendengar tak ambil serius mengenainya. Kita berhibur tu tak salah tapi jangan sampai melalaikan.

Cuba korang bayangkan kalau bayi tu saat dia dilahirkan dia dah boleh berkata-kata. Dan ibu bayi tu pulak memang ada niat nak buang dia. Tak mustahilkan dia akan cakap, ‘ibu nak buang saya? Sampainya hati ibu nak buang saya. Apa salah saya? Ibu sanggup menggandungkan saya selama 9 bulan, kemudian begitu mudah ibu buang saya.’ Aku rasa kalaulah bayi itu cakap macam tu, mungkin tak ramai yang sanggu nak buang bayi diorang. Tak sampai hati kan?

Aku hanya mampu berdoa agar gejala social ini dapat di kurangkan. Tapi ianya perlu dengan usaha semua manusia khususnya umat Islam untuk mencegah diri mereka semdiri daripada melakukan perkara terkutuk ini. Bayi-bayi itu tidak berdosa. Mereka adalah generasi akan datang yang perlu kita corak supaya menjadi khalifah yang baik di muka bumi Allah ini.

Undur diri dulu


No comments:

Post a Comment