Saturday, 24 March 2012

Istimewa Buat Mama!

                                                               

Selamat Hari Lahir buat bonda yang tersayang.
Semoga panjang umur dan hidupmu diberkati Allah S.W.T.
Itu doaku buatmu yang teristimewa bondaku.

Walaupun aku tidak berada disampingmu untuk meraikan hari jadimu, namun
hati ini tidak pernah lupa mendoakanmu dan minda ini tidak pernah lupa dari
mengingatimu bondaku.

Jasamu bertarung nyawa melahirkanku sangat besar maknanya dalam hidupku.
Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi sentiasa menjadi kekuatan diriku.
Doa tulusmu untuk anak-anak menjadi tonggak utama kejayaanku.
Tidak terbalas rasanya jasa yang bonda taburkan.

Hanya Allah yang dapat membalas semua itu dan hanya Allah yang tahu betapa
sayangnya diriku kepadamu bondaku.
Tiada hadiah yang mewah mampu kuhadiahkan kepadamu,
hanya nukilan dari hati ini yang mampu ku coretkan.

“Happy birthday mama. I love you so much. You are the best mother in the world.”

Love,
      Anis…

Friday, 16 March 2012

Dunia Tanpa Sempadan!


Assalamualaikum…Apa khabar anda semua?

Dalam kepantasan masa yang berlalu kini telah dua minggu aku berada di UiTM Shah Alam sebagai pelajar di sini. Memang benar makin hari masa kian pantas berlalu. Dan semalam untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Dewan Agung Tuanku Chanselor(DATC). Cantik tempatnya. Mengapa aku ada di situ? Itulah persoalan yang timbul. Tapi tidaklah menjadi isu yang besar pun. Di sana ada taklimat kolej kediaman yang aku diami sekarang iaitu kolej mawar. Sementara menunggu taklimat berlangsung, jari jemari ini sempat mencoretkan serba sedikit nukilan yang aku tidak boleh katakan ianya indah. Kerana ianya sepontan.

Hasil nukilan sepontan 15.03.2012

Dunia tanpa sempadan,
Seakan tidak boleh lekang dari teknologi,
24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun,
Tidak pernah timbul rasa bosan.

Dunia tanpa sempadan,
Sentiasa di sisi menemani,
Melestarikan impian hati,
Apa sahaja yang di hajati,
Pasti bisa dimiliki.

Dunia tanpa sempadan,
Menyusuri liku-liku hidup,
Benarkah mengurangkan beban?
Atau hanya sebuah persinggahan?

Dunia tanpa sempadan,
Kaki akan terus melangkah tanpa henti,
Udara dan lautan sebagai teman menemani kehidupan dunia.
Itulah dunia tanpa sempadan…..

Thursday, 1 March 2012

Tibanya Bulan Mac!


Assalamualaikum!

Lama betul jari-jari ini tidak menari di atas papan kekunci ini. Sampai tidak sedar bulan Mac telah pun tiba. Bila bulan Mac tiba, ini bermakna cuti aku yang panjang itu telah pun tamat. Dan aku akan menyambung semula pengajianku tapi bukan lagi di Kuantan tapi di tempat kelahiranku, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tak dinafikan aku seronok kembali semula ke tempat asalku, tapi ianya sudah tidak sama seperti sembilan tahun dulu. Pastinya telah banyak perubahan yang berlaku. Itulah hukum alam, jika tiada perubahan maknanya tiada kemajuan. Tapi aku tidak perlu kusutkan fikiran dengan memikirkan pembaharuan yang berlaku, tugas sebagai seorang pelajar itu perlu di utamakan.

Aku beruntung kerana masih dapat bersama menyambung pelajaran dengan sahabat-sahabat semasa asasi dulu. Tak adalah aku rasa kekok sangat nanti. Saudara-mara juga ramai yang ada berdekatan, sebab tu mama dengan abah tak risau aku belajar dekat sana, (bukanlah tak risau langsung). Apa yang penting, (bukan kerjasama) hehehe, aku kena pandai jaga diri sendiri.

Aku cuma berharap aku dapat sesuaikan diri dengan baik dekat sana nanti dan dapat beri perhatian sepenuhnya pada pelajaran. InsyaAllah.

Sampai sini dulu. Jaga diri, hiasi peribadi.

Jumpa lagi!