Assalamualaikum!
Lama betul jari-jari ini tidak menari di atas papan kekunci ini. Sampai tidak sedar bulan Mac telah pun tiba. Bila bulan Mac tiba, ini bermakna cuti aku yang panjang itu telah pun tamat. Dan aku akan menyambung semula pengajianku tapi bukan lagi di Kuantan tapi di tempat kelahiranku, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tak dinafikan aku seronok kembali semula ke tempat asalku, tapi ianya sudah tidak sama seperti sembilan tahun dulu. Pastinya telah banyak perubahan yang berlaku. Itulah hukum alam, jika tiada perubahan maknanya tiada kemajuan. Tapi aku tidak perlu kusutkan fikiran dengan memikirkan pembaharuan yang berlaku, tugas sebagai seorang pelajar itu perlu di utamakan.
Aku beruntung kerana masih dapat bersama menyambung pelajaran dengan sahabat-sahabat semasa asasi dulu. Tak adalah aku rasa kekok sangat nanti. Saudara-mara juga ramai yang ada berdekatan, sebab tu mama dengan abah tak risau aku belajar dekat sana, (bukanlah tak risau langsung). Apa yang penting, (bukan kerjasama) hehehe, aku kena pandai jaga diri sendiri.
Aku cuma berharap aku dapat sesuaikan diri dengan baik dekat sana nanti dan dapat beri perhatian sepenuhnya pada pelajaran. InsyaAllah.
Sampai sini dulu. Jaga diri, hiasi peribadi.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment