Friday, 16 March 2012

Dunia Tanpa Sempadan!


Assalamualaikum…Apa khabar anda semua?

Dalam kepantasan masa yang berlalu kini telah dua minggu aku berada di UiTM Shah Alam sebagai pelajar di sini. Memang benar makin hari masa kian pantas berlalu. Dan semalam untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Dewan Agung Tuanku Chanselor(DATC). Cantik tempatnya. Mengapa aku ada di situ? Itulah persoalan yang timbul. Tapi tidaklah menjadi isu yang besar pun. Di sana ada taklimat kolej kediaman yang aku diami sekarang iaitu kolej mawar. Sementara menunggu taklimat berlangsung, jari jemari ini sempat mencoretkan serba sedikit nukilan yang aku tidak boleh katakan ianya indah. Kerana ianya sepontan.

Hasil nukilan sepontan 15.03.2012

Dunia tanpa sempadan,
Seakan tidak boleh lekang dari teknologi,
24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun,
Tidak pernah timbul rasa bosan.

Dunia tanpa sempadan,
Sentiasa di sisi menemani,
Melestarikan impian hati,
Apa sahaja yang di hajati,
Pasti bisa dimiliki.

Dunia tanpa sempadan,
Menyusuri liku-liku hidup,
Benarkah mengurangkan beban?
Atau hanya sebuah persinggahan?

Dunia tanpa sempadan,
Kaki akan terus melangkah tanpa henti,
Udara dan lautan sebagai teman menemani kehidupan dunia.
Itulah dunia tanpa sempadan…..

No comments:

Post a Comment