Assalamualaikum
para sahabat yang setia membaca ruangan yang tidak seberapa ini. Lama betul aku
tak menekan papan kekunci ini menceritakan apa-apa. Bukan tidak mahu berkongsi
tetapi masa banyak digunakan untuk perkara yang lebih penting.
Alhamdulillah,
peperiksaan akhir baru sahaja tamat. Hati ini rasa teramat lega kerana dapat
menghabiskan semester pertama ini dengan baik. Rasa baru semalam aku
menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam, tetapi hari ini aku telah berada di rumah
untuk cuti semester. Cepat betul masa berlalu, dan ia berlalu tanpa menunggu
walau sesaat pun. Bila dikenangkan kembali kehidupan semasa semester pertama
ini, rasa sangat bersyukur kerana dapat menghabiskannya dengan baik dan lancar.
Belajar ini tidak mudah. Semakin tinggi tahap kita belajar semakin banyak dan
mendalam sesuatu perkara itu. Menuntut ilmu itu satu ibadah. Kita menuntut ilmu
kerana Allah. Kalau kita menuntut ilmu hanya untuk kepentingan diri sahaja,
ilmu itu tidak akan ke mana. Biarlah susah mana sekali pun kita belajar, tetapi
ia berguna untuk kita bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Habis
sahaja ‘exam’, perkara pertama yang aku fikir ialah mama, abah dan rumah. Rasa tidak
sabar pulang ke rumah itu membuak-buak. Aku akan pastikan cuti semester yang hampir
dua bulan ini akan aku gunakan sepenuhnya untuk mama dengan abah. Lebih bermakna
kalau cuti-cuti macam ni diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Apa yang
menariknya, baru sahaja mula cuti, masa cuti aku telah diisi dengan aktiviti
yang pelbagai dan yang bertambah menarik dapat berjumpa dengan saudara-mara yang
memang ‘fun’. Dapat tengok pembukaan SUKMA 2012, dapat pergi kenduri kahwin,
dan dalam masa yang sama dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga yang jauh
mahupun yang dekat. Mungkin sesetengah orang, bercuti ke tempat-tempat
pelancongan lebih menarik. Tetapi bagi aku berjumpa dengan mama, abah, kakak
dan kehadiran saudara-mara serta sepupu yang memang rapat, sudah cukup mengisi
masa cuti aku, huhuhu. Mungkin berbeza tetapi itu yang seronoknya.
Beberapa
minggu lagi puasa akan bermula. tak sabar rasanya. Diharap puasa tahun ini akan
lebih baik daripada sebelumnya dan diberkati Allah. Diharap juga semua perkara
yang mendatang berjalan dengan lancar. Amin…
Sekian
dahulu. Wassalam.
No comments:
Post a Comment