Assalamualaikum
sahabat-sahabat semua. Macam mana puasa pada hari ini (hari ketujuh)? Pastinya okay
kan? Alhamdulillah.
Usia
yang merangkak ke alam dewasa ini, membuatkan aku teringat pengalaman berpuasa
pada zaman kanak-kanak dahulu. Memang seronok dan tak mungkin kanak-kanak lain
terutamanya kanak-kanak zaman moden ini dapat merasakan pengalaman yang begitu
indah seperti mana aku lalui. Masa aku menetap di Shah Alam dahulu, puasa boleh
dikatakan meriah juga. Sebab kadang-kadang pakcu, ayah mie dan sepupu-sepupu
aku belah abah akan datang berbuka puasa di rumah kami. Aku mesti la seronok
berbuka ramai-ramai macam tu. Oleh itu, juadah yang wajib ada apabila dia orang
semua datang ialah nasi ayam. Memang itu kepakaran mama. Ramai yang menggemari
nasi ayamnya sampailah sekarang. Selain itu, bila abah pulang dari tempat
kerja, abah akan bawa aku dan kakak ke bazaar Ramadan dan juadah wajib dan juga
kegemaran abah ialah kuih tepung pelita. Boleh dikatakan abah tak pernah lupa
beli kuih tu. Tapi kami pun suka juga sebab kuih tepung pelita tu memang sedap
dan kedai tu memang ramai orang yang beratur untuk membelinya. Kalau abah balik
lambat aku akan pergi dengan kakak naik basikal.
Pengalaman
berpuasa yang juga tak dapat dilupakan ialah berbuka puasa di kampung, iaitu di
Pekan Bandar DiRaja, Pahang. Semasa menetap di Shah Alam dulu, lebih kurang 10
tahun lebih, boleh dikatakan setiap awal Ramadhan kami sekeluarga tak pernah ‘miss’
balik Pekan. Banyak keistimewaannya berbuka di Pekan. Ada to’ki (to’ki sudah
meninggal empat tahun yang lalu), ada cik anum, cik zuki, kadang-kadang ramai
jugak yang balik bila awal-awal Ramadhan. Juadah yang paling popular dekat
sana, sudah semestinya murtabak. Memang terbaik la murtabak Pekan. Yummy! Bila balik
Pekan, murtabak memang juadah wajib yang ada atas meja makan selain daripada
kurma. Huhuhu. Satu lagi yang specialnya berbuka puasa di Pekan, ialah apabila
masuk waktu berbuka, meriam akan berdentum menandakan masuknya waktu berbuka
puasa. Menarikkan? Dekat Shah Alam pun tak ada bunyi meriam macam tu.
Memang
pengalaman yang menarik dan istimewa dan tak akan dilupakan sampai bila-bila. Sekarang
pun ada juga pengalaman yang menarik, lebih-lebih lagi berbuka di asrama masa
asasi dalu. Berbuka ramai-ramai dengan ‘housemate’ dan ‘classmate’. Setiap waktu
yang dlalui dalam hidup ini, dihiasi dengan penuh pengalaman-pengalaman yang
menarik, tak kiralah pengalaman tu suka mahupun duka. Semua tu membantu dalam
proses mematangkan diri kita dan membantu menjadikan diri kita menjadi lebih
baik.
Semoga
ibadah puasa yang dijalani pada tahun ini diterima Allah. Semoga Allah
memberikan keberkatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah puasa ini.
Selamat
berbuka semua!
Sekian
dahulu. Wassalam.