Friday, 24 June 2011

Tragedi Lipas !


Lipas, atau bahasa Inggeris nya cockroach atau bahasa Sepanyol nya  “cucaracha” yang bermaksud serangga gila. Hmm, tak sangka pula orang Sepanyol ni menyifatkan lipas sebagai serangga gila. Hmm...menarik ! hehehe. Kesian lipas tu dipanggil serangga gila.

Fakta LIPAS !
1)     Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
2)     Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun dah putus kepala.
3)     Kebanyakan lipas boleh terbang, tapi bukan kesemuanya.

Sedikit fakta tentang lipas yang aku ingin kongsikan dengan pembaca semua. Untuk penerangan lebih lanjut, boleh layari internet ye.
Aku tau ramai yang pelik kenapa aku tiba-tiba cerita pasal lipas ni kan? Ke tak pelik? Itu atas fikiran masing-masing. Huhuhu. Sebenarnya begini ceritanya.....

Di satu malam yang hening..........


Roomate aku masuk ke bilik air. Tapi tak sampai berapa minit, dia menjerit panggil aku dan kemudian dia senyap. Aku ingat dia saja-saja aje lah. Lepas tu dia jerit lagi, “ADA LIPAS!!!” Terus dia keluar dari bilik air tu. Aku pun tanya lah dia, “kat mana lipas tu?” dia cakap ada kat belakang pintu tu. Jadi tindakan aku ialah..........aku tak bertindak apa-apa pun, malah kaki aku ni sentiasa bersedia untuk buka langkah seribu. Aku pun tak tau macam mana nak tolong sebab aku pun antara penggeli lipas ni. Aku dengan roomate aku dah tak senang duduk dah. Takut lipas tu terbang. Tapi roomate aku cakap maybe lipas ni jenis yang tak terbang. So, untuk seminit dua aku boleh cool.  Tiba-tiba lipas tu keluar di sebalik pintu. Bergerak di dinding pulak. Kita orang pun apa lagi, angakt kaki lah sebab terkejut. Roomate aku jerit panggil kawan di bilik hujung, dan kita orang minta tolong ‘halaukan’ lipas tu. Penyapu di ambil sebagai senjata. Namun usaha itu gagal kerana lipas itu boleh terbang. Lagilah kita orang tak duduk diam. Semua macam dah putus asa sebab lipas tu terbang. Akhirnya ‘superheroin’ datang menyelamatkan keadaan. Dia ambil penyapu tu, pukul lipas tu dan lipas tu masuk dalam lubang tandas. Apa lagi flash la tandas tu. Siap simbah lagi dengan air, punya la nak bagi lipas tu lemas. Untuk itu, thanks Ummi Nabihah.

Belum “The End” lagi. Rasanya setengah jam selepas tu, lipas yang sama mungkin muncul pulak ikut tingkap. Agaknya lipas tu pandai berenang kot. Hehehe. Kita orang sekali lagi angkat kaki dan buka pintu bilik. Roomate aku ambil penyapu pukul lipas tu. Lipas tu dapat elak dan lari masuk bawah katil. Nampaknya lagi teruklah. Nasib baik aku tak rasa ngantuk lagi tu. Aku takut tengah tidur nanti, lipas tu keluar dan merayap atas badan. Eii, gelinya! Lepas tu roomate aku ambil satu selipar dan duduk dekat meja study sambil menunggu lipas tu keluar. Nasib kita orang baik. Tak lama lepas tu lipas tu keluar dekat meja study tu. Roomate aku apa lagi, pukul la lipas tu pakai selipar dan akhirnya lipas tu mati. Dan malam tu kita orang tidur dengan nyenyaknya.

~The End~

Undur diri dulu ye
   

Sunday, 19 June 2011

Hari Lahir Menjadi Kenangan !



Ayahandaku tersayang Mohamad Fadzil Bin Mohd Arif yang telah dilahirkan pada 19 JUNE 1960, kini telah menjangkau usia 51 tahun. Selamat hari jadi abah ! Terasa cepat benar waktu berlalu meninggalkan kita. Ayahandaku yang aku panggil dengan panggilan 'abah’ itu adalah seorang ayah yang istimewa di mata aku. Kenapa ? Mari aku ceritakan...

Abah seorang Guru yang tidak pernah putus mendidik kakak dan aku. Kerna...membaca Al-Quran, dialah gurunya. Mengenal ABC, dialah pendorongnya. Mengira nombor, dialah sifunya. Memandu kereta, dialah pelatihnya. 

Semua ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Dia tidak pernah merungut dengan apa yang dilakukannya. Dan mama, sentiasa ada di sisi tidak kira susah mahu pun senang. Doa seorang isteri dan seorang ibu tidak pernah putus dalam proses mendidik dan membesarkan kami. Yang pasti tiada siapa dapat menggantikan mereka dalam hidup kakak dan aku. Itu memang pasti.

“Untuk abah, adik doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dan semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan diberkati Allah S.W.T. Amin..........”                                                                                                                                                

Eh, Eh, belum habis lagi. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari jadi buat sahabat juga teman, Marzita Binti Mat Amin, yang juga dilahirkan pada tarikh yang sama dengan abah, cuma tahunnya sahaja yang berbeza. “Anis rasa bersyukur kerana kita semua mampu melakar kenangan yang cukup manis di sem akhir ini sempena hari lahir Ita. Dan Anis berharap Ita happy dengan apa yang telah kami rancangkan. Sekiranya ada kekurangan di sana sini, harap di maafkan ye.”

“Anis doakan semoga Ita panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berjaya dengan apa yang diimipikan selama ini. Amin..........”




Sayang abah!

Sayang Ita!

Undur diri dulu                                           

Sunday, 12 June 2011

Ilmu Cinta Hatiku !

Seronok bila melihat semula gambar konvokesyen kakak aku yang di sayangi, (Aqilah Raihana Binti Mohamad Fadzil). Bila melihat gambar kenangan itu, ada sedikit rasa cemburu dan rasa tercabar. Dan adakalanya aku terfikir, boleh ke aku berjaya sepertinya. Namun fikiranku telah di programkan supaya sentiasa berfikir bahawa kalau dia boleh mengapa tidak aku? Aku juga pasti boleh. 12 tahun aku memerah otak, belajar sambil menerima input-input yang penting untuk melangkahkan kakiku ini ke menara gading. Jadi setelah berjaya, tidak mungkin aku akan persiakan peluang itu sewenang-wenangnya. Aku juga punya cita-cita untuk aku kecapi satu hari nanti.

                                             (Uitm Shah Alam, 2009)


Penat ? siapa yang tidak penat. Tapi aku harus kuat dan berusaha dengan gigih, bukannya hanya menunggu kejayaan itu bergolek ke kaki macam bola yang boleh di sepak ke sana ke mari. Kejayaan yang bakal aku kecapi nanti InsyaAllah akan menghilangkan rasa penat lelah aku selama ini. Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Mama & abah selalu pesan. “Adik, belajar rajin-rajin.” Dengan adanya ilmu kita tidak akan rasa kekurangan dalam diri ini. Ilmu yang ada ini terlalu luas. Mungkin ilmu dunia kita berjaya mempelajarinya, tetapi ilmu akhirat? Belum tentu. Ilmu tidak akan pernah habis. Jadi selagi kita mampu, kita harus menuntutnya.
           
            Jangan penuhkan dada kita dengan rasa bangga,
                        Tapi penuhkanlah ia dengan Ilmu.
            Jangan penuhkan tangan kita dengan harta dunia,
                        Tapi penuhkanlah ia juga dengan Ilmu.

Peringatan buat diri ini

Undur diri dulu

Thursday, 9 June 2011

Kali Pertama!

“Assalamualaikum,”

Aku yang bernama Anis Hanani Binti Mohamad Fadzil,  pertama kali menulis untuk ‘blog anis hanani’ ini yang telah di cipta ‘khas’ lebih kurang sejam lebih yang lalu atas bantuan sahabat yang sentiasa ada di masa susah dan senang iaitu Marzita Amin. Thanks a lot dear. (Jasamu akan ku kenang. Hehehe )

Sebenarnya keinginan untuk membuat blog ini telah lama ada, lantaran minatku yang amat mendalam dalam bidang penulisan. Tapi sering tertangguh kerana aku sering berfikir, ‘perlu ke aku buat blog ni’? Namun ianya terhasil juga pada tahun 2011 ni bersamaan hari ke-4 aku menjalani kehidupan sebagai siswi tahun akhir Asasi Undang-Undang di UiTM Kuantan.

Walaupun masih kekok, tapi aku pasti akan biasakan diri ini dengan blog ini. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Nampaknya bantuan Marzita Amin masih lagi di perlukan. Harap juga masih sudi membantu ya.

Undur diri dulu