Sunday, 12 June 2011

Ilmu Cinta Hatiku !

Seronok bila melihat semula gambar konvokesyen kakak aku yang di sayangi, (Aqilah Raihana Binti Mohamad Fadzil). Bila melihat gambar kenangan itu, ada sedikit rasa cemburu dan rasa tercabar. Dan adakalanya aku terfikir, boleh ke aku berjaya sepertinya. Namun fikiranku telah di programkan supaya sentiasa berfikir bahawa kalau dia boleh mengapa tidak aku? Aku juga pasti boleh. 12 tahun aku memerah otak, belajar sambil menerima input-input yang penting untuk melangkahkan kakiku ini ke menara gading. Jadi setelah berjaya, tidak mungkin aku akan persiakan peluang itu sewenang-wenangnya. Aku juga punya cita-cita untuk aku kecapi satu hari nanti.

                                             (Uitm Shah Alam, 2009)


Penat ? siapa yang tidak penat. Tapi aku harus kuat dan berusaha dengan gigih, bukannya hanya menunggu kejayaan itu bergolek ke kaki macam bola yang boleh di sepak ke sana ke mari. Kejayaan yang bakal aku kecapi nanti InsyaAllah akan menghilangkan rasa penat lelah aku selama ini. Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Mama & abah selalu pesan. “Adik, belajar rajin-rajin.” Dengan adanya ilmu kita tidak akan rasa kekurangan dalam diri ini. Ilmu yang ada ini terlalu luas. Mungkin ilmu dunia kita berjaya mempelajarinya, tetapi ilmu akhirat? Belum tentu. Ilmu tidak akan pernah habis. Jadi selagi kita mampu, kita harus menuntutnya.
           
            Jangan penuhkan dada kita dengan rasa bangga,
                        Tapi penuhkanlah ia dengan Ilmu.
            Jangan penuhkan tangan kita dengan harta dunia,
                        Tapi penuhkanlah ia juga dengan Ilmu.

Peringatan buat diri ini

Undur diri dulu

No comments:

Post a Comment