Thursday, 5 April 2012

Hargai Kehidupan !


Assalamualaikum...

Nukilan 5.04.2012

Kehidupan itu indah,
             
     tapi manusia yang merosakkan.

Kehidupan itu indah,
             
     tapi manusia yang tidak menghargai.

Kehidupan itu indah,
             
     tapi manusia yang tidak bersyukur.

Kehidupan itu indah,
           
     malah sangat indah jika kita
             
     tahu menilai,
             
     tahu menghargai,
             
     tahu bersyukur,
             
     dan tahu mengertikan kehidupan.


Kehidupan kita, kita yang corakkan. Sewarna-warni apa pun hidup yang kita corakkan, jangan sesekali kita lupakan Allah yang telah mengurniakan kita kehidupan yang cukup baik bersama keluarga yang tersayang.

Saturday, 24 March 2012

Istimewa Buat Mama!

                                                               

Selamat Hari Lahir buat bonda yang tersayang.
Semoga panjang umur dan hidupmu diberkati Allah S.W.T.
Itu doaku buatmu yang teristimewa bondaku.

Walaupun aku tidak berada disampingmu untuk meraikan hari jadimu, namun
hati ini tidak pernah lupa mendoakanmu dan minda ini tidak pernah lupa dari
mengingatimu bondaku.

Jasamu bertarung nyawa melahirkanku sangat besar maknanya dalam hidupku.
Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi sentiasa menjadi kekuatan diriku.
Doa tulusmu untuk anak-anak menjadi tonggak utama kejayaanku.
Tidak terbalas rasanya jasa yang bonda taburkan.

Hanya Allah yang dapat membalas semua itu dan hanya Allah yang tahu betapa
sayangnya diriku kepadamu bondaku.
Tiada hadiah yang mewah mampu kuhadiahkan kepadamu,
hanya nukilan dari hati ini yang mampu ku coretkan.

“Happy birthday mama. I love you so much. You are the best mother in the world.”

Love,
      Anis…

Friday, 16 March 2012

Dunia Tanpa Sempadan!


Assalamualaikum…Apa khabar anda semua?

Dalam kepantasan masa yang berlalu kini telah dua minggu aku berada di UiTM Shah Alam sebagai pelajar di sini. Memang benar makin hari masa kian pantas berlalu. Dan semalam untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Dewan Agung Tuanku Chanselor(DATC). Cantik tempatnya. Mengapa aku ada di situ? Itulah persoalan yang timbul. Tapi tidaklah menjadi isu yang besar pun. Di sana ada taklimat kolej kediaman yang aku diami sekarang iaitu kolej mawar. Sementara menunggu taklimat berlangsung, jari jemari ini sempat mencoretkan serba sedikit nukilan yang aku tidak boleh katakan ianya indah. Kerana ianya sepontan.

Hasil nukilan sepontan 15.03.2012

Dunia tanpa sempadan,
Seakan tidak boleh lekang dari teknologi,
24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun,
Tidak pernah timbul rasa bosan.

Dunia tanpa sempadan,
Sentiasa di sisi menemani,
Melestarikan impian hati,
Apa sahaja yang di hajati,
Pasti bisa dimiliki.

Dunia tanpa sempadan,
Menyusuri liku-liku hidup,
Benarkah mengurangkan beban?
Atau hanya sebuah persinggahan?

Dunia tanpa sempadan,
Kaki akan terus melangkah tanpa henti,
Udara dan lautan sebagai teman menemani kehidupan dunia.
Itulah dunia tanpa sempadan…..

Thursday, 1 March 2012

Tibanya Bulan Mac!


Assalamualaikum!

Lama betul jari-jari ini tidak menari di atas papan kekunci ini. Sampai tidak sedar bulan Mac telah pun tiba. Bila bulan Mac tiba, ini bermakna cuti aku yang panjang itu telah pun tamat. Dan aku akan menyambung semula pengajianku tapi bukan lagi di Kuantan tapi di tempat kelahiranku, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tak dinafikan aku seronok kembali semula ke tempat asalku, tapi ianya sudah tidak sama seperti sembilan tahun dulu. Pastinya telah banyak perubahan yang berlaku. Itulah hukum alam, jika tiada perubahan maknanya tiada kemajuan. Tapi aku tidak perlu kusutkan fikiran dengan memikirkan pembaharuan yang berlaku, tugas sebagai seorang pelajar itu perlu di utamakan.

Aku beruntung kerana masih dapat bersama menyambung pelajaran dengan sahabat-sahabat semasa asasi dulu. Tak adalah aku rasa kekok sangat nanti. Saudara-mara juga ramai yang ada berdekatan, sebab tu mama dengan abah tak risau aku belajar dekat sana, (bukanlah tak risau langsung). Apa yang penting, (bukan kerjasama) hehehe, aku kena pandai jaga diri sendiri.

Aku cuma berharap aku dapat sesuaikan diri dengan baik dekat sana nanti dan dapat beri perhatian sepenuhnya pada pelajaran. InsyaAllah.

Sampai sini dulu. Jaga diri, hiasi peribadi.

Jumpa lagi!

Sunday, 1 January 2012

2012. A New Life!

Assalamualaikum…

Pejam celik pejam celik kini tahun 2012 telah pun tiba. Terasa cepat benar waktu berlalu. Dan hari ini, sudah dua hari 2011 ditinggalkan. 2011 banyak meninggalkan memori yang memang tidak dapat di lupakan. Macam-macam yang berlaku yang sedikit sebanyak memberi pengalaman untuk diri ini menjadi lebih matang. Daripada pengalaman hidup itulah kita dapat memperbaiki kehidupan kita yang akan datang. Betul tak?

Seperti biasa, bila tahun baru semua orang akan tanya apa azam tahun baru ini? Kadang-kadang tu terfikir jugak, penting ke azam ni? Bukannya apa, manusia ni sentiasa berubah-rubah, susah untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan sesuatu. Sedangkan iman seseorang itu pun boleh bertambah dan berkurang inikan pula azam yang kita tidak tahu berapa lama tahannya. Bukan nak perkecilkan tapi itulah hakikatnya. Pada mulanya mungkin kita bersemangat untuk melaksanakan azam itu, tapi mungkin di pertengahannya ianya akan terputus. Siapa tahu kan?

Dan seperti biasa juga bila munculnya tahun baru akan adalah pembaharuan yang akan berlaku dalam hidup kita. Kebetulan pula 1.1.2012 ini jatuhnya pada hari ahad dan ianya hari cuti. Jadi mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga, bertunang, ‘honeymoon’(hehehe), dan sebagainya. Sebut pasal bertunang, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bertunang kepada sepupu aku Mohd Zulhilmie Mohd Nasir yang telah melangsungkan majlis pertunangannya semalam iaitu 1.1.2012. Tahniah ye! Semoga berbahagia selalu. Amin.

Dan pada pembaca-pembaca semua, selamat tahun baru. Happy new year! Semoga azam anda untuk tahun ini terlaksana. Buatlah sesuatu mengikut kemampuan diri kita.

Nak tau ke azam aku? Hehehe…
Aku cuma berharap tahun ini akan lebih baik daripada sebelumnya. Amin.

Jumpa lagi

Saturday, 17 December 2011

Pelangi Nan Indah!



Assalamualaikum semua! Lama betul dah tak menulis blog ni. Bukan tak ada masa tapi tak ada yang menarik untuk dituliskan. Tapi hari ni ada keinginan untuk menulis. Hehehe…

“Kadang-kadang Allah turunkan hujan diselangi juga dengan petir dan guruh, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari tapi Allah berikan kita pelangi”. Pernah dengar tak ungkapan ni? Sesiapa yang mengikuti drama nora Elena mesti pernah dengar ungkapan ni kan? Tapi mungkin ada yang tak tahu, dalam filem syurga cinta pun ada terselit ungkapan ni. Tak percaya? Kalau tak percaya nanti tengok balik filem tu. Tapi bukan drama atau filem yang nak aku sampaikan sebenarnya. Aku nak sampaikan apa yang tersirat di sebalik ungkapan tu. Mungkin korang juga faham sebenarnya. Mungkin juga tidak. Atas kefahaman masing-masing.

Mengikut kefahaman aku, ia membeitahu kita sesuatu kenikmatan di sebalik kesukaran. Seperti yang selalu kita dengar. Ada hikmah di sebalik kejadian. Itulah dia. Dalam kehidupan ni, tiada manusia yang terlepas daripada dugaan tidak kiralah dari segi apa pun. Tapi tak semua melihat ke arah kenikmatan yang mereka akan terima di sebalik dugaan atau ujian tersebut. Betul kan? Aku faham kita sebagai manusia tidak sempurna. Kerana itu ada ketikanya kita seperti tidak boleh menerima kenyataan hidup yang berlaku pada diri kita.

Dugaan atau ujian yang kita terima sebenarnya adalah untuk ingatkan diri kita supaya kita tidak lalai dan hanya mengejar dunia semata-mata. Pernah tak kita fikir apa sebabnya dugaan itu terjadi? Apa pun yang berlaku pada diri kita puncanya diri kita juga. Peringatan untuk diri kita! (jangan nada rasa nak menyalahkan sesiapa dengan apa yang kita alami.) Sebagai contoh, masa menghadapi peperiksaan, kita kena fokus, kita kene kurangkan main, tengok tv, chatting dan sebagainya. Pengorbanan yang kita lakukan dengan ikhlas dan usha yang gigih untuk mencapai sesuatu tak mustahil akan kita terima hasil yang baik. Dan tak mustahil kalau selepas itu kita akan peroleh ‘straight A’s’ dalam semua subjek kan? Jadi jangan patah semangat dengan apa yang kita lalui.

“Allah tidak akan memberi ujian atau dugaan pada kita jika kita tidak mampu menghadapinya.”

Cukup sampai sini dulu. Renung-renungkan ye.

Jumpa lagi !